February 3, 2015

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI 1 - 3 FEBRUARI 2015

Sekian lama tidak bercuti akhirnya kami decide untuk membawa anak-anak bercuti ke Pulau Lagenda, Pulau Langkawi. Dari Putrajaya kami mengambil ERL memandangkan kini KLIA2 telah dibuka. Senang xperlu mencari parking pabila di lapangan terbang nanti. Memandangkan flight jam 3.30 petang,1/2 so kami bertolak dari rumah tepat jam kul 12 tghari. Dengan menaiki ERL kami meneruskan perjalanan ke KLIA2...jeng..jeng...seronok betul anak-anak kami.



Kami tiba di KLIA2  jam 12.45 tghari.Lagi sejam setengah sebelum pendaftaran. So terpaksa melepak dulu di surau KLIA2. Tepat jam 2.15petang kami check in dan berjalan menuju ke gate K12. Perjalanan agak jauh lebih kurang 20 minit berjalan kaki. Tapi memandangkan seronok sangat so tidak terasa kepenatan.Gambar di bawah menunggu untuk masuk ke perut flight..

 
 Tepat jam 4.30petang kami tiba di lapangan terbang Pulau Langkawi. Alhamdulillah tiada masalah, perjalanan pun lancar. Kami menyewa kereta KIA FORTE..hasil rundingan suami dan kawannya di sana. Alhamdulillah dapat harga RM200 untuk tempoh 3hari 2malam. Dengan kereta ini kami menuju ke hotel yang telah dibooking 3 bulan awal iaitu Resort Tok Senik. Pada mula sampai ke resort agak menyeramkan tapi selama berada di sini kami sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan. termasuk layanan yang mesra dari Warung Tok Mat dan juga fasiliti swimming pool yang sangat cantik..Jom Terjah!

Kaunter Pendaftaran Tok Senik. Kereta hiatm ni rare gila..



kami menginap di rumah Halim,Tok Senik Resort.


Malamnya kami ke Kompleks HIG, di sebelahnya tersergam indah Hotel HIG. Wah makin maju nampaknya HAJI ISMAIL GROUP ni. Jejak je ke dalam Kompleks HIG, barang pertama yang aku terkam ialah coklat. Mak oooiii mahal gila2, sangat berbeza dengan harga tahun2 lepas. So aku tidak berminat nak snap pictures huhu. Walau bagaimanapun di bawah ni aku listkan harga2 coklat terkini di Langkawi.Rasanya lepas ni dah xboleh dipanggil free duty area dah.
Daim - RM17.90/paket & RM50 utk 3paket
Whitetakkers - RM9.90 utk 3paket kecil & RM29 utk 3pek
Toblerone - RM3.90/pc & RM23 utk 6pc.
Kinderbueno - RM21 utk 1 box yang mengandungi 16pcs
Kinderbueno -RM8.50 utk 3pek.
Alfredo tin kecil - RM6.90/tin & RM20/3 tin
Beryls bulat - RM16.90/botol tp aku beli brand Barneys RM10.90/botol.
yang lain aku xbeli tp harga memang naik dalam RM3 - RM4 bagi setiap jenis. Pinggan mangkuk corelle pun jika sebelum ni aku beli RM300 lbh skrg dah RM400 lbh. Trolley bag 360' dulu RM85 skrg dah RM115. Bulan April 2015 nanti harga makin naik agaknya selepas pelancaran GST.

Esok pagi kami menuju ke SKy Cab @ Cabel car. Memang tempat wajib kami singgah kalau datang ke sini. Sampai di Cabel car jam 11pagi. Ramai yang dah beratur membeli tiket. Kami dapat tiket L iaitu time masuk jam 11.45pagi, so tidakla lama menunggu.Jom tengok kami hihi..







Actually aku sebenarnya tengah pregnant 30 weeks anak ke-4 tapi malas nak cerita. Memang susah nak melepasi AA dengan kandungan ini.Ada lah sedikit halangan di mana surat doktor melebihi 7 hari dari tarikh penerbangan. So aku tidak dibenarkan menaiki pesawat. Tetapi disebabkan rezeki aku,doktor terlupa menulis tarikh pada surat pengesahan pregnant so aku kelentong je tarikhnya iaitu 7 hari sebelum huhu.Kalau tidak saja-saja "burn" tiket flight aku. Padan Muka Aku!!

Petangnya kami ke Galeria Perdana dan Pantai Cenang. Sangat cantik pantai ni. Rasanya di Malaysia ni, Pulau Langkawi antara pantai yang masih terjaga.Cantik pemandangan sewaktu Sunset. Anak-anak seronok, ibu ayah pun seronok.







Esoknya, 3/2 kami bersantai di swimming pool Tok Senik. Memandangkan flight kami kul7 ptg so aku dengan muka tak malu request dgn resort utk extend sehingga jam 3petang utk check out. Alhamdulillah semuanya ok & FOC hokayy..Memang Tok Senik Resort senang dibawa berbincang. I Love U, Tok Senik hihi. Pukul 3.30 petang kami check out dan menuju ke Idaman Suri kerana mak kirim 5 dozen sudu..kua kua kuaaa..Sudu sini bolehla murah juga dalam RM1/sebatang. Then pukul 5ptg kami menuju ke tepi airport singgah di warung laksa, rojak & cendol paling sedap..
Rojak ni berharga RM17 OK!!

Ok sekarang pukul 6.30petang & time for boarding.. Kami dah nak balik Kuala Lumpur. Percutian kali ini sangat seronok dengan anak-anak tersayang & suami tercinta. Bye!...bye...Pulau Langkawi.

April 8, 2014

Rawatan secara Homeopathy 4 my little dotter

Assalamualaikum wbt,

Ramai yang bertanya kan aku bagaimana rawatan Homeopathy yang aku lakukan pada Medina. dan ramai yang ingin aku berkongsikan tentang perubatan Homeopathy ini. Jadi aku mengambil sedikit masa untuk menulis blog ini,Alhamdulillah perkongsian bersama.

#Dr Hassan di hadapan klinik beliau

Sebenarnya bukan aku yang memulakan langkah ke sini tapi my hubby. Beria-ria dia ingin mencuba sedangkan aku dah habis usaha dah rasa malas nak mencuba lagi. Anak aku ni Nur Medina mengalami selsema yang berpanjangan dan sekali sekala batuk berkahak. Hantar je nursery selsemanya berulang,tapi bila duduk di rumah ok pula. Lagi satu dia kerap demam tapi bukan demam panas. Dalam sebulan adalah 5 kali demam. Terpaksa cuti menjaganya di rumah. So berbalik pada kunjungan kami ke Pusat Perubatan Homeopathy Hassan ni. Aku ke sini pada hari isnin lebih kurang jam 12.30 tengahari,tanpa membuat temujanji. Tapi kami tidak bernasib baik,sebaik sampai di klinik sedang cantik waktu rehat. Ramai juga yang beratur menunggu di luar walaupun pembantu klinik menerangkan waktu rehat. Aku malas menunggu lama memandangkan anak-anak mengantuk baru balik bercuti dari Quality Hotel. Jadi my hubby mengambil keputusan untuk membeli ubat sahaja tanpa berjumpa doktor. Harga ubatnya boleh tahan jugalah RM10 sebotol kecil.

#ABC Penawar Gabungan Homeopathy




Ubatnya sangat kecil seperti gula-gula dan safety untuk baby juga. Tapi ada pantang larangnya sebelum memakan ubat ini. Jangan sentuh ubat dengan tangan, jangan minum ais,minuman berkafein dan banyak lagi (lupa dah). Memandangkan Medina masih breastfeed so akulah yang terpaksa pantang semua tuh huhuhu.

Selepas seminggu consume ubat ni Alhamdulillah selsema, batuk nya stop terus. Hidung pun kering demam pun dah tak ada. Berbaloi lah kiranya mencuba ubat ini berbanding ubat hospital berbotol-botol habis. Walau bagaimanapun berterima kasih pada Allah SWT kerna ini semua atas limpah rahmatNYA.

 Jika ada yang berminat untuk mencuba rawatan secara Perubatan Homeopathy ini boleh ke sini:

Perubatan Homeopathy Hasan
Lot 2.08, Kompleks PKNS, Persiaran Pusat Bandar
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Jadual Rawatan
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis,Sabtu 
9.00 pagi - 6.00 petang

Jumaat dan Ahad
Tutup kecuali Temujanji (sila buat temujanji dahulu)

Tel: 03-89267831, 011-21306729

Email: homeopathyhasan@gmail.com

"Sakit Penghapus Dosa"waallahuaklam..

April 3, 2014

Jalan-Jalan di Kuala Lumpur

Walaupun telah berbelas tahun berhijrah di kuala Lumpur tapi tak pernah aku bercuti di Kuala Lumpur. Sekadar singgah sekejap dan balik. Seminggu cuti sekolah aku mencari tempat yang sesuai dan tidak memerlukan perjalanan yang jauh serta kos yang banyak untuk bercuti bersama keluarga. So pilihannya ialah Quality Hotel terletak bersebelahan bangunan LPPKN, dan berdekatan dengan Sogo heeee.

Siap check in kami ke bilik hotel yang ngam-ngam untuk kami 5 beranak. Masuk je ke bilik tempat pertama yang diterjah oleh Hadif dan Myiesha adalah bilik mandi. Jeng..jeng..siap jacuzzi. Seronoklah depa berendam sakan. Medina dan aku pula adalah katil..penat walaupun dekat.






Jom..aku tunjukkan picture pemandangan luar dari bilik hotel kami tingkat 18 (paling atas);

dan yang ni pandangan di malam hari yang hujan:


Petangnya kami move on ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, Sogo, Pertama Complex dan kawasan sekitarnya. Aku sempat menjengah ke Butik First Lady tapi tak sempat nak grab apa2 sebab anak aku popoo..Kelam kabut cari toilet dan disebabkan terpaksa sangat aku setelkan di belakang parking kereta sahaja huhu. Esoknya kami menaiki train dari station Bandaraya ke Masjid Jamek dan ke KLCC. Sempatlah singgah sekejap di Taman KLCC tapi dah tak secantik dulu lagi. Mungkin masih dalam renovation. Kami breakfast, lunch dan dinner merata tempat antaranya Ani Sup Utara, Medan Mara, Sate Hj Sahmuri, Roti Boy KLCC dan juga dalam Quality Hotel. Gambar-gambar yang sempat disnap:




Malamnya pula kami tidur je kat bilik sebab hujan turun sangatlah lebat..Hari ketiga kami bersiap-siap untuk pulang ke Putrajaya. Cukuplah 3 hari 2 malam bermalam di Quality Hotel ni sempena cuti sekolah kan. Alhamdulillah gembira bila tengok anak-anak semua gembira.Tadaaa bersiap-siap untuk pulang;



Jalan Sunyi Jadi "Port" Penyamun???

Assalamualaikum wbt,

Sekadar berkongsi kejadian tengahari semalam,02/04/2014 lebih kurang jam 1.30tghari. Dari opis menuju ke Taska Islam Presint 9 untuk mengambil dan menghantar anak ke transit di nursery opis. Dalam perjalanan ke nursery,aku mengambil laluan agak jauh tapi tiada traffic light iaitu Lebuh Sentosa menghala ke Presint 11.

Keadaan jalan agak lengang. Tiba-tiba kereta aku dihimpit sebuah motosikal di sebelah kiri. Aku memandu lebih laju 120km/jam. Tetapi motosikal tersebut melajukan pemanduan dan terus menghimpit. Oh ya, aku mengambil lane sebelah kiri sekali kerana aku akan masuk ke susur Kajang-Kuala Lumpur di hadapan, untuk ke Kompleks Kerajaan. Aku cuba mengelak daripada motosikal tersebut dan mengambil lane tengah seolah-olah aku tidak jadi susur kiri.

#gambar sekadar hiasan

Motosikal tersebut terus memecut dan memintas kereta aku di sebelah kanan dan cuba memblock kereta aku dari hadapan. Kebetulan di sebelah kiri susur masuk ke Kajang-Kuala Lumpur dan aku sempat membelok. Aku lihat dari cermin sisi, motosikal tersebut terhenti sebab terhalang oleh divider untuk ke susur kiri kerana dia berada lebih hadapan daripada aku, dengan tujuan untuk memblock kereta aku. Aku terus memecut dan Alhamdulillah aku terselamat. Cuma aku tak pasti apa tindakan penunggang tersebut jika dia berjaya memblock kereta aku tadi. Jadi, nasihat aku berhati-hatilah semua esp pemandu wanita. Tidak kira siang malam kalau dah terdesak berani je diorang ni. Waallahuaklam.

March 27, 2014

Cooler Bag Murah

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi. Alhamdulillah Jumaat datang lagi, 28 Mac 2014. Cepat kan masa berlalu. MH370 belum dijumpai. Jom kita sedekahkan bacaan Yassin untuk mereka tak kira di mana berada, sama ada di lautan atau di langit. "Jika di langit turunkan lah,jika di lautan timbulkanlah" Al Mighty Ya Allah.

 #Hadif dan Myiesha turut mendoakan MH370

Actually pagi ni aku nak share tentang cooler bag yang murah & comel. Berkenaan MH370 aku tak berani nak komen lebih-lebih sebab banyak sangat spekulasi yang timbul. Jalan terbaik ialah berdiam diri sahaja tapi mendoakan juga dari jauh. Oklah berbalik pada cooler bag,dari anak pertama dan kini sudah ke-3. 3 cooler bag telah aku beli. Bermakna seorang anak satu cooler bag.Hmmm lebih kurang begitu lah kan. Tapi aku beli yang affordable saja (harga mapu milik), tak perlu yang mahal2 janji muat dengan botol dan pam susu serta comel.


#first cooler bag Jingle Jungle(orange)

#second cooler bag brand Autumz


#latest beli kat Mr. DIY, rm12.90 sahaja

#side view

#inside view

p/s: siapa-siapa yang berkenan boleh dapatkan di Mr. DIY ok! yang ni aku beli di Warta, Bandar baru Bangi.(kini dikenali sebagai Giant tapi aku lebih selesa dengan panggilan Warta)..ok itu sahaja untuk pagi ini..zzaassssss.(;